NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

 

Pelanggan Yang Dihargai,

 

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (“APDP”)

APDP telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013 untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Notis ini dikeluarkan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang dan/atau telah diproses oleh Lembaga Air Perak (LAP) bagi tujuan pembekalan air.

 

JENIS-JENIS DATA PERIBADI

LAP akan memproses data peribadi yang telah dan/atau akan diberikan oleh anda, seperti Nama / Nama Syarikat / No. Kad Pengenalan / No. Paspot / No. Syarikat / Alamat / Email / No. Telefon / No. Faksimili / Warganegara dan/atau yang diperolehi dari dokumen yang yang diberikan kepada LAP termasuk tetapi tidak terhad kepada Borang Permohonan Bekalan Air Baru LAP.BP 1/99, Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewaan, Dokumen Tender dan Sebutharga dan Sistem Pengebilan Air.

 

TUJUAN PEMPROSESAN

LAP akan memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut;

 

  • Menyediakan perkhidmatan pembekalan air;
  • Operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan air
  • Pembayaran bil-bil air, kutipan tunggakan bil-bil air dan yang berkaitan;
  • Pentadbiran;
  • Pengendalian dan pemadanan pengkalan data peribadi dan proses-proses yang berkaitan; dan
  • Membuat apa-apa perkara lain bagi menjalankan fungsi-fungsinya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan.

 

Maklumat anda adalah diperlukan oleh LAP. Jika anda tidak memberikan maklumat seperti yang dimohon, LAP tidak berupaya untuk memproses permohonan anda dan ini akan menjejaskan keupayaan LAP untuk menyempurnakan tujuan-tujuan yang dinyatakan diatas.

 

PENZAHIRAN

Data peribadi anda akan dizahirkan kepada pihak berikut bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:-

  • Ejen-ejen dan penyedia perkhidmatan LAP yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan dan data peribadi tersebut dikumpul;
  • Juru audit, firma guaman, bank, perunding atau entiti-entiti professional yang dilantik oleh LAP;
  • Operator-operator air dan Operator –operator pembentungan;
  • Jika dikehendaki oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undangdanuntukmelindungi serta membela hak-hak atau harta LAP; dan
  • Sesiapa yang berada dibawah kewajipan kerahsiaan yang telah menjanjikan akan menyimpan data tersebut sebagai sulit;
  • Mana-mana pihak yang berkaitan dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas atau mana-mana tujuan lain yang yang berkaitan dengan tujuan tersebut.

 

AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses, membetulkan (tertakluk kepada yuran dan peruntukan PDPA) atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Pematuhan Perlindungan Data LAP dari hari Isnin hingga Jumaat/8pagi hingga 5ptg (kecuali cuti am dan umum), atau menulis ke alamat dan melalui email seperti berikut:-

 

Encik Rosenijan Bin Jalil
Pegawai Pematuhan Perlindungan Peribadi
Bahagian Kewangan dan Akaun
Lembaga Air Perak
Jalan St. John,
30200 Ipoh, Perak.
No. Tel/fax   :05-2551155/05-2559644
Emel           :rosenijan@lap.com.my

 

[Sekiranya terdapat konflik di antara Notis Perlindungan Data Peribadi versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris , versi Bahasa Inggeris hendaklah terpakai.]

PENGUMUMAN / INFO TERKINI

NOTIS GANGGUAN AIR

 

DAERAH WILAYAH TENGAH I

IPOH

GANGGUAN : KERJA-KERJA PEMASANGAN /PEMBAIKAN SALURAN PAIP AIR DI LAPANGAN KINARA 7.

TARIKH :30/10/2019
HARI : RABU
MASA : 09.00 PAGI - 09.00 MALAM (ATAU SEBHAGIAN)

KAWASAN :

SELURUH KAWASAN

1. SELURUH KAWASAN PANORAMA LAPANGAN KINARA
2. SEKITAR KAWASAN YANG BERHAMPIRAN TERLIBAT

 

DAERAH WILAYAH BARAT

SEMANGGOL

GANGGUAN : KERJA-KERJA SAMBUNGAN SILANG PAIP SAIZ 375MM

TARIKH :24/10/2019
HARI : KHAMIS
MASA : 10.00 PAGI - 10.00 MALAM (ATAU SEBHAGIAN)

KAWASAN :

SELURUH KAWASAN

1. SIMPANG 4, SEMANGGOL
2. SIMPANG 3, SELINSING
3. KAMPUNG TEBUK RIMBA
4. KAMPUNG DEW
5. KAMPUNG SAMAGAGAH
6. LUBUK BUNTAR
7. TEBUK HJ DOLLAH BLOK A,B,C
8. SEPANJANG JALAN GULA ( SIMPANG 4 KE KUALA GULA )
9. PARIT 1,2,3,4 DAN 5 JALAN GULA
10. SG BARU
11. SG PROTAN
12. KAMPUNG BARU
13. KALOMPANG
14. KAMPUNG LIANG SENG
15. LADANG CHERSONESE
16. KUALA GULA
17. BAGAN SEBERANG
18. DAN KAWASAN SEKITARNYA.

 

DAERAH WILAYAH UTARA

KUALA KANGSAR

GANGGUAN : KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYAMBUNGAN PAIP DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH,KUALA KANGSAR

TARIKH :23/10/2019

HARI :RABU

MASA :10.00 PAGI - 6.00 PETANG (ATAU SEBAHAGIAN)

KAWASAN :

1.SEKITAR JALAN RAJA CHULAN:DARI BANGUNAN PUSAT DIALISIS NUR KASIH

2.KWSP KUALA KANGSAR

3.STESYEN MINYAK BHP

4.PEJABAT DAERAH DAN TANAH

5.IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUALA KANGSAR

6.KUARTERS GURU KG.BASONG

7.MALAY COLLAGE K.KANGSAR (KAW.TANGKI AIR)

8.SEKITAR KAWASAN YANG BERHAMPIRAN TERLIBAT

 

 DAERAH WILAYAH TENGAH I

IPOH

GANGGUAN : KERJA-KERJA SAMBUNGAN BERSILANG SALURAN PAIP AIR

TARIKH : 23/10/2019

HARI :RABU

MASA :9.00 PAGI - 6.00 PETANG (ATAU SEBAHAGIAN)

KAWASAN :

1. TAMAN KINDING PERMAI
2. TAMAN KINDING KEHIJAUAN
3. TAMAN KINDING RAYA
4. SEKITAR KAWASAN YANG BERHAMPIRAN TERLIBAT

 

DAERAH WILAYAH SELATAN

TAPAH ROAD

GANGGUAN : KERJA-KERJA SAMBUNGAN BERSILANG DI HADAPAN KLINIK KESIHATAN TAPAH ROAD

TARIKH : 23/10/2019
HARI : RABU
MASA : 09.00 PAGI - 08.00 MALAM (ATAU SEBAHAGIAN)

KAWASAN :

1. SELURUH KAWASAN TAPAH ROAD DARI TAMAN INDAH HINGGA PENJARA TAPAH

2. KAMPUNG BATU 5
3. TAMAN TAPAH JAYA
4. KAMPUNG KASSIM
5. KAMPUNG HAJI HASSAN
6. PEKAN KECIL
7. TAMAN TAPAH RIA
8. RUMAH AWAM KAMPUNG MAKTEH
9. KAMPUNG MAKTEH
10. SEKOLAH JALAN TAPAH ROAD

11. KLINIK KESIHATAN TAPAH ROAD
12. KAMPUNG ZAINAB
13. KAMPUNG CHANGKAT DERMAWAN
14. KAMPUNG TELUK BEMBAN
15. KAMPUNG SEMBILAN

16. KAMPUNG TITI BESI
17. KAMPUNG SERI DERMAWAN
18. TAMAN DATOK KAMARUDDIN

19.SEKITAR KAWASAN YANG BERHAMPIRAN TERLIBAT

 

KENYATAAN TENDER / JAWATAN KOSONG

KENYATAAN TENDER

TIADA

JAWATAN KOSONG

TIADA

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini: Wednesday 23 October 2019.

Ke Atas